Friday, 18 March 2011

Soalan Yang Patut Ditanya Setiap Hari...

Manusia mudah lupa...Apa yang TK nak bicarakan hari ni adalah tentang beberapa soalan yang kita patot tanya.. pada diri sendiri. Memandangkan makin banyak isu dan perkara yang dipersoalkan....
Ya Allah..PadaMu ku bersujud...

1. Bila kali terakhir aku mengucap dua kalimah syahadah dalam sehari?
Cuba fikirkan.. Berapa ramai yang menunaikan kewajipan untuk solat lima waktu.. Kalimah syahadah itu sendiri berada dalam pengucapan/bacaan solat. Seandainya aku bersolat cukup 5 waktu, maka setiap hari aku mengucap. Jika aku menambah aktiviti solat sunat, makin banyak la aku mengucap kalimah syahadah dalam sehari. 
Bayangkan, sekiranya anda tidak solat, adakah anda mengucap? Mungkin sesetengah akan menjawab, ya,setiap kali bangun pagi saya mengucap dua kalimah syahadah.. Tapi hanya sekali sahaja bukan? Apa yang akan terjadi sekiranya nyawa anda diambil pada hari itu? Fikir2kanlah....


2. Bila kali terakhir aku membaca Al-Quran?
Cuba fikirkan.. Di antara kita dididik dari kecil untuk mengaji.. Sampai khatam lah. Bak kata orang tua. Tapi cukup sekali khatam, Al-Quran ditinggalkan di sudut almari, tidak dibaca, apatah lagi untuk dihayati maksud dan diamalkan. Bila ditanya brapa kali khatam Al-Quran, dengan megahnya menjawab, 6 kali dah. Tapi dalam sehari, berapa surah kan yang anda baca? Berapa kali anda khatam Al-Quran dalam setahun? Tahukah anda, lidah menjadi kelu dan kaku sekiranya anda jarang membaca ayat suci? Bacaan anda tidak lagi selancar anda membacanya 10 tahun yang lepas. Fikir2kan....

3. Penting ke menutup aurat tu?
Ramai gak la yang duk tanya.. Malah ada yang keluarkan statement: Alah, yang menutup aurat tu bukan baik sangat, bertudung jer lebih. 
Bagi TK, zaman sekarang, bertudung adalah seperti mengikut trend. Ada yang  berniat menutup aurat tetapi dengan adanya fesyen tudung yang cantik dan terkini, menambahkan lagi niat untuk menutup aurat. Bagi TK, penampilan bertudung bukan juga merupakan penentu kelakuan seseorang., yang penting hati.. (bagi TK, yang penting adalah iman..) Bak kata orang, first appearance penting. Sekurang2nya orang bersangka baik. Tapi, kenalilah hati budi seseorang juga. Tak ada gunanya menutup aurat tetapi rukun yang wajib tidak dijalankan dengan baik.. Sekiranya anda bertudung, alhamdulillah.. Ubahlah diri untuk menjadi lebih baik,dan berdoa.. "Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku sebagaimana kamu memperelokkan wajahku..."

Dirikanlah solat kerana solat itu tiang agama. Jika kamu tidak mendirikannya, maka kamu akan merobohkan agama.. Nauzubillah...Di bawah adalah antara kelebihan2 solat.. Semoga ia menjadi pedoman dan perangsang untuk kita lebih bertakwa;

 *Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “Solat lima waktu yang didirikan antara Jumaat minggu ini dan Jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Muslim
 
* Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir dengan terang-terangan.”
Hadis Riwayat Muslim

* Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
 
* Usman bin Affan r.a. meriwayatkan,”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dengan sempurna. Kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa.”
Hadis Riwayat Muslim
"Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya daripada diri TK sendiri.."


2 comments:

  1. aku sokong...
    tu yg selalu kita lupa nak tanya pada diri sendri

    ReplyDelete