Wednesday 2 March 2011

Adakah Boss anda dikategorikan dalam 'Bad Apple'?

Pakar2 sedunia mengatakan bahawa ramai boss kat dunia ni 'have no idea' perangai deorang nih ngan staf2 bawahan... Hari ni TK senaraikan kat sini 5 tanda2 yang bos korang tu jahat (jahat ker?) Manala tau salah satunya terkena kt bos korang or kt korang sendiri (perasan boss la tu..)

1. Bila korang mesej or email, dia hanya jawab 'k'/yes/No/Y?
Sememangnya macam efisien, tapi ramai boss tak perasan yang betapa tak bestnya jawapan yg diterima dari email or mesej hanya tulis 'Yes' or 'No' jer... Lagi dasat dia duk tulis 'k'.. Dah hilang semua keypad HP dia kot. yg tinggal huruf K jer. Nasihat tukang karut, tukar jela HP tu.. Azab sangat dah nampak gayanya.
Barbara Patcher, penulis buku Etika di Tempat Kerja panggil perangai ni sebagai "BlackBerry effect." So TK rasa memang patut la boss2 yang pakai HP jenis nih tukar ke HP 3310. Leh jawab mesej panjang ckit kan??

2. Jarang bercakap secara bersemuka ngan staf
Dah boss suka sangat guna Blackberry dia untuk jawab segala aduan dan permasalahan pekerja dia,maka dia jarang2 la bersemuka. Duk dalam bilik dia yg beraircond dan luas lagi maha hebat menunjukkan bahwa boss korang memang 'kurang baik'... Nasihat TK, kalau jumpa boss jenis macam ni, apa kata korang jer pi carik dia. Baru la dia jadi boss yang baik kan?

3. Ramai antara pekerja2 bawahan boss kesayangan korang nih sakit..Macam2la..mostly sakit jantung.
Dah sah2 ari2 tensen wat kerja tu sampai sakit sokmo (bak kata orang ganu). Ni hah, kajian dari Sweden, Swedish Study 2008 mengesan 3000 manusia yang mengatakan bahawa tidak dilayan dengan baik di tempat kerja, 20%-40% darinya dah dapat heart attack.. Jaga2la korang..jangan korang lak menambahkan peratusan tu yek!

 4. Team korang selalu jek overtime tapi keje tak siap2 gak..Selalu miss 'deadline'
Kenapa ini terjadi? Hah..ni gara2 boss korang la suka bagi deadline mengarut.. Sumer keje siap dalam 3 hari.. Lagi tak masuk akal, bajet semua pekerja dia 'superworker' leh siapkan keje dalam 24 jam. Tak tolak masa makan tu... Siap tak pikir dah cuti hujung minggu. Kalo tak datang, korang nyer SKT konpem dapat 50 jer..tu pon kalo dia bagi..kalo dia tak isik langsung lagi nayala korang.. TK cadangkan korang baca buku Gini Graham Scott, "A Survival Guide for Working with Bad Bosses."

5. Boss suka tengking2.. Maki2.. Baling fail
Yang ni trang tang tang memang dia boss yang 'sangat baik' (mata ke atas, tangan ke bahu). Ni ciri2 bos takder moral ni. Dia ni dulu dilatih kat kem tentera kot. Tak reti nak cakap bebaik. Maki orang ajer kejenyer.
Kalo yang ni TK suggest korang senyum jer then kalu bleh suruh PA dia wat appointment kat Psy Clinic untuk 'anger management session'. Ajar dia cara menikmati hidup. Asyik marah2 jer nnti kena heart attack plak. Kesian plak korang takser boss nanti...





"Sayangilah Boss Anda"

No comments:

Post a Comment