Friday 18 March 2011

Soalan Yang Patut Ditanya Setiap Hari...

Manusia mudah lupa...Apa yang TK nak bicarakan hari ni adalah tentang beberapa soalan yang kita patot tanya.. pada diri sendiri. Memandangkan makin banyak isu dan perkara yang dipersoalkan....
Ya Allah..PadaMu ku bersujud...

1. Bila kali terakhir aku mengucap dua kalimah syahadah dalam sehari?
Cuba fikirkan.. Berapa ramai yang menunaikan kewajipan untuk solat lima waktu.. Kalimah syahadah itu sendiri berada dalam pengucapan/bacaan solat. Seandainya aku bersolat cukup 5 waktu, maka setiap hari aku mengucap. Jika aku menambah aktiviti solat sunat, makin banyak la aku mengucap kalimah syahadah dalam sehari. 
Bayangkan, sekiranya anda tidak solat, adakah anda mengucap? Mungkin sesetengah akan menjawab, ya,setiap kali bangun pagi saya mengucap dua kalimah syahadah.. Tapi hanya sekali sahaja bukan? Apa yang akan terjadi sekiranya nyawa anda diambil pada hari itu? Fikir2kanlah....


2. Bila kali terakhir aku membaca Al-Quran?
Cuba fikirkan.. Di antara kita dididik dari kecil untuk mengaji.. Sampai khatam lah. Bak kata orang tua. Tapi cukup sekali khatam, Al-Quran ditinggalkan di sudut almari, tidak dibaca, apatah lagi untuk dihayati maksud dan diamalkan. Bila ditanya brapa kali khatam Al-Quran, dengan megahnya menjawab, 6 kali dah. Tapi dalam sehari, berapa surah kan yang anda baca? Berapa kali anda khatam Al-Quran dalam setahun? Tahukah anda, lidah menjadi kelu dan kaku sekiranya anda jarang membaca ayat suci? Bacaan anda tidak lagi selancar anda membacanya 10 tahun yang lepas. Fikir2kan....

3. Penting ke menutup aurat tu?
Ramai gak la yang duk tanya.. Malah ada yang keluarkan statement: Alah, yang menutup aurat tu bukan baik sangat, bertudung jer lebih. 
Bagi TK, zaman sekarang, bertudung adalah seperti mengikut trend. Ada yang  berniat menutup aurat tetapi dengan adanya fesyen tudung yang cantik dan terkini, menambahkan lagi niat untuk menutup aurat. Bagi TK, penampilan bertudung bukan juga merupakan penentu kelakuan seseorang., yang penting hati.. (bagi TK, yang penting adalah iman..) Bak kata orang, first appearance penting. Sekurang2nya orang bersangka baik. Tapi, kenalilah hati budi seseorang juga. Tak ada gunanya menutup aurat tetapi rukun yang wajib tidak dijalankan dengan baik.. Sekiranya anda bertudung, alhamdulillah.. Ubahlah diri untuk menjadi lebih baik,dan berdoa.. "Ya Allah, perelokkanlah akhlak ku sebagaimana kamu memperelokkan wajahku..."

Dirikanlah solat kerana solat itu tiang agama. Jika kamu tidak mendirikannya, maka kamu akan merobohkan agama.. Nauzubillah...Di bawah adalah antara kelebihan2 solat.. Semoga ia menjadi pedoman dan perangsang untuk kita lebih bertakwa;

 *Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah bersabda, “Solat lima waktu yang didirikan antara Jumaat minggu ini dan Jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Muslim
 
* Rasulullah SAW bersabda,”Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafir dengan terang-terangan.”
Hadis Riwayat Muslim

* Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, bayangkan dihadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu semua ada sebatang sungai. Kemudian dia mandi di sungai itu lima kali sehari. Adakah kotoran masih terlekat pada badannya? Para sahabat menjawab,”Tidak ada lagi kotoran yang terlekat pada badannya.” Baginda bersabda lagi,”Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Apabila ia dilakukan dengan sempurna, Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
 
* Usman bin Affan r.a. meriwayatkan,”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Muslim yang hendak mendirikan solat lima waktu apabila tiba waktunya, lalu dia berwuduk dengan sempurna. Kemudian dia solat dengan khusyuk serta sempurna rukuknya. Solatnya itu menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang itu sebelum dia mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya dengan syarat dia tidak melakukan dosa besar sebelum mendirikan solat. Kelebihan ini diberikan kepadanya sepanjang masa.”
Hadis Riwayat Muslim
"Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya daripada diri TK sendiri.."


Sunday 6 March 2011

25 Cara Bazirkan Duit

1. Suka timbun hutang baki dalam kad kredit.. Saje jer tak nak bayar baki sampai abes. Stakat RM100 tu bulan depan dapat gaji leh bayar. Takpon tahun depan. Tapi cuba kira cajnya kalo hang tinggal baki dalam tu RM1000, 18% caj.. Terbang RM180 camtu jer.. Takper..korang kaya kan. Sebab tu ada kad kredit kan?

2. Ada beza ker pakai minyak kete premium ngan RON95? Hmm.. caya la cakap pengeluar minyak..Huhuu..Jangan bazir duit duk isi minyak mahal kalo hang sendiri tak pernah nak check tayar angin cukup ke tak.. Hantar mentenen pon lewat dari tarikh sepatutnya.. Baper banyak tu terbang duit??

3. Bazir duit untuk beli mende tak de pekdah..tau ape? Rokok la... Harga rokok da naek RM10 pon masih ada yang beli.. Cuba kumpul RM10 sehari.. darab 30 hari..da dapat RM300. Darab ngan 12 bulan,jadi RM3,600. Dah leh beli keta sorong dah tu!


4. Guna Handphone yang tak la seswai ngan kegunaan korang.. Kan skarang banyak ajer pelan tak kira la Maxis, Celcom.. Digi Smartplan (btol ke bijak?).. So beli ikut apa yg korang nak.. Adakah korang ni banya bermesej berbanding call? Maka guna pelan SMS ataupun Vice Versa k?

5. Beli barang branded... Hmm.. Bab ni TK setuju untuk beli.. Maklumlah barang branded lebih puas hati pakai....

6. Kata orang tua "malu bertanya sesat jalan...". Macam tu la jugak ngan tabiat tawar menawar. Malu nak bargain jawabnya hang membazirkan duit yang sepatutnya hang leh jimat ngan mintak simpati...muahahhaa. TK berjaya jimat RM6 hinggit minggu lepas sbb duk sembang ngan penjual beras.. 5KG harga RM17... duk tanya punya tanya, TK dapat beras harga promosi RM23.50 untuk beras 10kg.. (bangga nih...kali pertama jadi pengguna bijak)

7. Beli air botol... Ada orang yg jenis suka beli air sebotol, demi sebotol dari mesin air 'gedegang'.. Kan bazir tu. RM2.90 sebotol. Dahla beli tiap2 hari. Kalo hang beli sebundle tros, leh jer minum tiap2 hari. Bawak sebotol sehari. Jimat!

8. Bayar untuk sesuatu yang korang leh dapat free. Banyak sangat contohnya. Paling senang, korang nak baca majalah, takyah susah2 beli. Korang simpan bawah katil gak kan? Apa kata korang gi kat kedai POPULAR and spend setengah hari untuk baca magazine kat ctu. Free!Lagi, korang nak gi taman berbayar tu watpe? Korang gi la cari taman yang free of charge nak masuk.. Parking pon takyah bayor. Jgn duk bagi kaya deorang lak... Korang sendiri papa kedana nanti...


9. Korang agak dis organized. Suker bayar bil lambat..ngan alasan, lupa. TK pon slalu gak buat camtu. Contohnya korang lupa bayar bil telefon. Dah dua bulan due, konpem kena bar line korang. So korang pi la bayar bil tertunggak. Dah kena caj RM10 untuk de-barring line kan? Sesia jer bagi RM10 untuk syarikat telekomunikasi tersebut...


12. Paying late fees and missing deadlines. Return those library books and movie rentals on time. Mail in those rebates. Submit expense reports on time for reimbursement. And if you make a bad purchase, don't just stuff it in the back of the closet and hope it goes away. Get off your duff, return it and get your money back before you lose the receipt.

13. Paying ATM fees. Expect to throw away nearly $4 every time you use an ATM that isn't in your bank's network. That's because you'll pay an ATM surcharge, and your own bank will hit you with a non-network fee. Consider switching to a bank, such as Ally Bank, that doesn't charge ATM fees and reimburses you for fees other banks charge. Another way to avoid fees if there's not an ATM in your bank's network nearby is to get cash back when you make a purchase at the grocery store or drugstore.

14. Shopping at the grocery store without a calculator. Check how much an item costs per ounce, pound or other unit of measurement. When you comparison-shop by unit price, you save. For example, if a pack of 40 diapers costs $13, that's 33 cents per diaper. But if you buy a box of 144 diapers for $35, that's 24 cents per diaper. You save 27%! (Of course, buying more of something only saves money if you use it all. If you end up throwing much out, you wasted money.)

15. Paying for things you don't use. Do you watch all those cable channels? Do you need those extra features on your phone? Are you getting your money's worth out of your gym membership? Are you taking full advantage of your Netflix, TiVo and magazine subscriptions? Take a look at what your family actually uses, then trim accordingly.

16. Not reading the fine print. Thought you were being smart by transferring the balance on a high-rate credit card to a low-rate one? Did you read the fine print, though? Some credit-card companies now charge up to 5% for balance transfers. Also watch out for free checking accounts that aren't so free. Some banks are starting to charge fees unless you meet certain criteria.

17. Mismanaging your flexible spending account. For some people, that means failing to take advantage of their workplace FSA, which lets employees set aside pre-tax dollars for out-of-pocket medical costs. Other people fail to submit receipts on time. And the average worker leaves $86 behind in his or her use-it-or-lose-it FSA account each year, according to WageWorks, an employee benefits provider.

18. Being an inflexible traveler. You'll save a lot of money on travel if you're willing to be flexible. Consider traveling before or after peak season when prices are lower. Or search for flights over a range of dates to find the lowest fare. Booking at the last minute also can save you money because hotels and airlines slash prices to fill rooms and planes. And flexibility pays off at blind-booking sites, such as Priceline or Hotwire, which offer deep discounts if you're willing to book a room or flight without knowing which hotel or airline (or other details about the flight) you're getting until you pay.

19. Sticking with the same service plans and the same service providers year after year. Hey, we're all for loyalty to trusted service providers, such as your bank, insurer, credit-card company, mutual fund, phone plan or cable plan. But over time, as prices and your circumstances change, the status-quo may not be the best deal any more. Smart consumers are always on the lookout for bargains.

20. Making impulse purchases. When you buy before you think, you don't give yourself time to shop around for the best price. Take the time to compare prices online, read product reviews and look for coupons when appropriate.
Make it a policy to give yourself a cooling-off period in case you're ever tempted to make an impulse purchase. Go home and sleep on the decision. More often than not, you'll decide you don't need the item after all.

21. Dining out frequently. Spending $10, $20, $30 per person for dinner can be a huge drain on your wallet. Throw in a $6 sandwich for lunch every day and you've got quite a leak. Learning to cook and bringing your lunch from home can save a couple hundred bucks each month. When you do go out, consider getting carry-out instead of dining in (you'll save on the tip and drink), skip the overpriced appetizer and dessert, and search the Web for coupons ahead of time.

22. Trying to time the stock market. In trying to buy low and sell high, many people actually do the opposite. Instead, employ the simple strategy of "dollar-cost-averaging." By investing a fixed dollar amount at regular intervals, you smooth out the ups and downs of the market over time. If you take out the emotion and guesswork, investing can become less stressful, less wasteful and more successful.

23. Buying insurance you don't need. You only need life insurance if someone is financially dependent upon you, such as a child. That means most singles, seniors or kids don't need a policy. Other policies you can probably do without include credit-card insurance (better to use the premium to pay down your debt in the first place), rental-car insurance (most auto policies and credit cards carry some coverage), mortgage life insurance and accidental-death insurance (a regular term-life insurance policy will do the trick).

24. Buying new instead of used. Talk about a spending leak -- or, rather, a gush. Cars lose 20% of their value the moment they're driven off the lot and 65% in the first five years. Used models can be a real value because you can get a car that's still in fine working order for a fraction of the new-car price. And you'll pay less in collision insurance and taxes, too.
Cars aren't the only things worth buying used. Consider the savings on pre-owned books, toys, exercise equipment, children's clothing and furniture. (Of course, there are some things you're better off buying new, including mattresses, laptops, linens, shoes and safety equipment, such as car seats and bike helmets.)

25. Procrastinating. Time is an asset money can't buy. Start investing for retirement as soon as possible. For instance, if a 40-year-old saves $300 a month with an 8% return per year, he'll have $287,000 by age 65. If he had started saving 15 years earlier at age 25, he'd have more than $1 million.

Adapted from: http://finance.yahoo.com/banking-budgeting/article/112202/25-ways-to-waste-your-money
Pada para pembaca yang tak berapa nak paham..nanti TK akan translatekan yek!12

Wednesday 2 March 2011

Adakah Boss anda dikategorikan dalam 'Bad Apple'?

Pakar2 sedunia mengatakan bahawa ramai boss kat dunia ni 'have no idea' perangai deorang nih ngan staf2 bawahan... Hari ni TK senaraikan kat sini 5 tanda2 yang bos korang tu jahat (jahat ker?) Manala tau salah satunya terkena kt bos korang or kt korang sendiri (perasan boss la tu..)

1. Bila korang mesej or email, dia hanya jawab 'k'/yes/No/Y?
Sememangnya macam efisien, tapi ramai boss tak perasan yang betapa tak bestnya jawapan yg diterima dari email or mesej hanya tulis 'Yes' or 'No' jer... Lagi dasat dia duk tulis 'k'.. Dah hilang semua keypad HP dia kot. yg tinggal huruf K jer. Nasihat tukang karut, tukar jela HP tu.. Azab sangat dah nampak gayanya.
Barbara Patcher, penulis buku Etika di Tempat Kerja panggil perangai ni sebagai "BlackBerry effect." So TK rasa memang patut la boss2 yang pakai HP jenis nih tukar ke HP 3310. Leh jawab mesej panjang ckit kan??

2. Jarang bercakap secara bersemuka ngan staf
Dah boss suka sangat guna Blackberry dia untuk jawab segala aduan dan permasalahan pekerja dia,maka dia jarang2 la bersemuka. Duk dalam bilik dia yg beraircond dan luas lagi maha hebat menunjukkan bahwa boss korang memang 'kurang baik'... Nasihat TK, kalau jumpa boss jenis macam ni, apa kata korang jer pi carik dia. Baru la dia jadi boss yang baik kan?

3. Ramai antara pekerja2 bawahan boss kesayangan korang nih sakit..Macam2la..mostly sakit jantung.
Dah sah2 ari2 tensen wat kerja tu sampai sakit sokmo (bak kata orang ganu). Ni hah, kajian dari Sweden, Swedish Study 2008 mengesan 3000 manusia yang mengatakan bahawa tidak dilayan dengan baik di tempat kerja, 20%-40% darinya dah dapat heart attack.. Jaga2la korang..jangan korang lak menambahkan peratusan tu yek!

 4. Team korang selalu jek overtime tapi keje tak siap2 gak..Selalu miss 'deadline'
Kenapa ini terjadi? Hah..ni gara2 boss korang la suka bagi deadline mengarut.. Sumer keje siap dalam 3 hari.. Lagi tak masuk akal, bajet semua pekerja dia 'superworker' leh siapkan keje dalam 24 jam. Tak tolak masa makan tu... Siap tak pikir dah cuti hujung minggu. Kalo tak datang, korang nyer SKT konpem dapat 50 jer..tu pon kalo dia bagi..kalo dia tak isik langsung lagi nayala korang.. TK cadangkan korang baca buku Gini Graham Scott, "A Survival Guide for Working with Bad Bosses."

5. Boss suka tengking2.. Maki2.. Baling fail
Yang ni trang tang tang memang dia boss yang 'sangat baik' (mata ke atas, tangan ke bahu). Ni ciri2 bos takder moral ni. Dia ni dulu dilatih kat kem tentera kot. Tak reti nak cakap bebaik. Maki orang ajer kejenyer.
Kalo yang ni TK suggest korang senyum jer then kalu bleh suruh PA dia wat appointment kat Psy Clinic untuk 'anger management session'. Ajar dia cara menikmati hidup. Asyik marah2 jer nnti kena heart attack plak. Kesian plak korang takser boss nanti...





"Sayangilah Boss Anda"

To all my frenz....

1.To My Friends Who Are...........SINGLE Love is like a butterfly . The more you chase it , the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts , but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time  and choose the best.

2.To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be.

3.To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart .


 
Never look in the eye
when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...
 
4.To My Friends Who Are............MARRIED


Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right here." Not "how could you", but "I understand." Not "I wish you were", but "I'm thankful you are." 

5.To My Friends Who Are............ENGAGED The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other. 



6.To My Friends Who Are............HEARTBROKEN





Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them .
 

7.To My Friends Who Are............NAIVE

How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.

 

8.To My Friends Who Are............POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

 

9.To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

 

10.To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....

 

11.TO ALL MY FRIENDS.......

My wish for you is a man/women whose love is honest, strong
, mature , never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.

Tuesday 1 March 2011

Tips Mulakan Solat Setelah LAMA Tinggalkan (sekadar berkongsi)

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan.........tanpa keikhlasan dari hati, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.


Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca..


1. Sematkan azam, bulatkan tekadSebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.


Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.


2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaanKemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.


Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.


3. Solat sekali dahulu, baru ada kali keduaWalau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.


Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakanKalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).


Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.


Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus,'eleh smayang konon'


5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solatJika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.


Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.


6. Baca perlahan-lahan mengikut tertibSewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.


7. Tingkatkan imaginasiSewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.


8. Doa mohon kekuatan dan sokonganPanjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.


9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilaluiTumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.


10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azanAdrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.


Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?


11. Berfikir secara positifFikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.


Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.


Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.


12. Dapatkan sokongan mental dan rohaniBerikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.


Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.


13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitanDari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.


Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi (kadang2 gagal gak)


14. Banyakkan bahan bacaan tentang solatKerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.


Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.


Mari la kita bersama menghayati dah renungkan, supaya ianya menjadi teladan ntuk kehidupan kita yg akan datang...jika ada yg tidak sesuai atau yg salah mari la kita bersama memperbaiki & memperbetulkan maner yg salah.... sekadar berkongsi ngan kenkwn.....


Makin lama manusia hidup pada zaman ni, makin jauh terpesong....jauh dari jln yg sebenar nyer...
saper la sy ni untuk menegur, sy tidak sempurna org nyer...hanya manusia biasa dimuka bumi ini...adakah sekadar ntuk mengisi kekosongan di muka bumi ini @ ada hikmah di sebalik nyer (kita tak tahu)....kepada kenkwn yg dikenali dan yg mengerti sama2 la kita menyampai kan nyer......


bantulah diri
sayangi diri
hanya diri
yg mengenal diri


Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.


nukilan......0310

Sunday 27 February 2011

Kenapa orang lebih TUA patut dihormati

Kali ni Tukang karut nak bercakap tentang menghormati orang TUA.. Adab dan sopan santun orang melayu memang sangat menitik beratkan adab menghormati orang tua-tua (maksudnya org berpengalaman la....).Ramai gak la budak muda duk tanya tukang karut kenapa perlunya menghormati orang tua ni...ish...ish....... 


Kenapa? Mari kita singkap rahsianya....

  • Perkataan keTUA sering digunakan, tak kira keTUA kampung, keTUA kelas, Tok KeTUA  dan lain2 keTUA sendiri menegaskan bahawa deorang memang perlu dihormati bahkan ditakuti jugak...besenya deorang ni memang tergolong dari orang yang lebih TUA...

  • MerTUA..dah sah2 memang merTUA pastinya lebih TUA dari korang semua..Kecuali kalo korang berumur agak TUA berkahwin ngan orang yg agak muda.. Dah sah2 mak merTUA korang lebih muda dari korang. Tapi oleh kerana namanya merTUA, wajib gak korang respek dia..

  • PeTUA..ha,...yang ni lagi tak dapat disangkal.. Orang slalu cakap, peTUA orang TUA2...kalo orang muda dipanggil TIPs-Tips..kan lain bunyinya tu...

  • Selain daripada tu kebanyakan event yang besar2 dan hebat menggunakan perkataan TUA...Contohnya: TUA guide... Kalo korang gi memana,melancong ke, korang akan dapat sorang TUA guide yang akan guide korang...nampak sangat la TUA guide ni memang lebih banyak makan garam berbanding korang..

  • Le TUA de Langkawi...event yang leh tahan gempak gak la...takde lak Le Muda de Langkawi kan? Muahahaha
 To be continued....

Friday 25 February 2011

Mari Merapek GhostbusterTeam merepekk. . ..

Sebut saja hantu, tak kisah la hantu apa sekalipun, mesti ramai yang dok takut kan? Tak payah nak tipu la, dah itu hakikatnya. Hehehe.. Tapi tahukah anda akan asal usul hantu seperti hantu raya, hantu pocong dan beberapa lagi hantu lain? Kalau tak tahu, apa kata anda baca mengenai asal usul hantu kat bawah ni. Huhu..

Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai – balai raya.

Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak – Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
- – -
P/s: Asal usul hantu seperti yang tercatat kat atas tu hanyalah rekaan semata-mata dan nama-nama yang disebutkan langsung takde kaitan samada yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

[nuKiLaN Mr.H - Kuli TK]
=)