Sunday 27 February 2011

Kenapa orang lebih TUA patut dihormati

Kali ni Tukang karut nak bercakap tentang menghormati orang TUA.. Adab dan sopan santun orang melayu memang sangat menitik beratkan adab menghormati orang tua-tua (maksudnya org berpengalaman la....).Ramai gak la budak muda duk tanya tukang karut kenapa perlunya menghormati orang tua ni...ish...ish....... 


Kenapa? Mari kita singkap rahsianya....

  • Perkataan keTUA sering digunakan, tak kira keTUA kampung, keTUA kelas, Tok KeTUA  dan lain2 keTUA sendiri menegaskan bahawa deorang memang perlu dihormati bahkan ditakuti jugak...besenya deorang ni memang tergolong dari orang yang lebih TUA...

  • MerTUA..dah sah2 memang merTUA pastinya lebih TUA dari korang semua..Kecuali kalo korang berumur agak TUA berkahwin ngan orang yg agak muda.. Dah sah2 mak merTUA korang lebih muda dari korang. Tapi oleh kerana namanya merTUA, wajib gak korang respek dia..

  • PeTUA..ha,...yang ni lagi tak dapat disangkal.. Orang slalu cakap, peTUA orang TUA2...kalo orang muda dipanggil TIPs-Tips..kan lain bunyinya tu...

  • Selain daripada tu kebanyakan event yang besar2 dan hebat menggunakan perkataan TUA...Contohnya: TUA guide... Kalo korang gi memana,melancong ke, korang akan dapat sorang TUA guide yang akan guide korang...nampak sangat la TUA guide ni memang lebih banyak makan garam berbanding korang..

  • Le TUA de Langkawi...event yang leh tahan gempak gak la...takde lak Le Muda de Langkawi kan? Muahahaha
 To be continued....

Friday 25 February 2011

Mari Merapek GhostbusterTeam merepekk. . ..

Sebut saja hantu, tak kisah la hantu apa sekalipun, mesti ramai yang dok takut kan? Tak payah nak tipu la, dah itu hakikatnya. Hehehe.. Tapi tahukah anda akan asal usul hantu seperti hantu raya, hantu pocong dan beberapa lagi hantu lain? Kalau tak tahu, apa kata anda baca mengenai asal usul hantu kat bawah ni. Huhu..

Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai – balai raya.

Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak – Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
- – -
P/s: Asal usul hantu seperti yang tercatat kat atas tu hanyalah rekaan semata-mata dan nama-nama yang disebutkan langsung takde kaitan samada yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

[nuKiLaN Mr.H - Kuli TK]
=)

Tuesday 22 February 2011

warta MERAPIK!!!!!!!!!

nukilan TUKANG KARUT
dewan pengarang -Merapik Semasa


Tahun 2011 ni kita dah disajikan dengan berita pergolakan,rusuhan, ketidak puas hatian, hasat dengki dan peperangan di saantero dunia.... Tanah Arab yang penuh ngan pak2 dan mak2 ARAB tidak lagi mengelek perut, tapi sudah mula mengelekkan Kepala masing2 sbb tersepit kat tengah2 peperangan... Xsempat nak elak, ALMAKLUM laaaaaaaaa Tahi Lembu atau Tahi Ayam kita leh nmpak dan ada bau yang kuat, 'for sure' kita leh nak elak2, tapi MALANG pulak mmg xleh nk elak...... Tu kat luar negara Malaysia....


Kat sini Wartawan Tukang Karut Walau, nk melaporkan pulak telah terjadinya peperangan dalam yang berubsur perang saraf @ perang yang xbeberapa nk saudara la sbb mmg terbukti xde pertalian langsung....... Belum ade rusuhan atau tunjuk2 perasan dilaorkan ditempat kejadian, cuma kehangatan rasa macam nak perang tuh mula TERASA. Hasil temubual salah seorang puak yang macam nak memberontak dan menunjuj PERASAN yang menggelarkan diri mereka RAF (Rebel Action Formation), 'Kami sangat la xpueh hati, golongan puak SO'OD OMEGOAT (puak yang satu lagi yang amatlah tidak dipuashatikan olah RAF) memula angkara, janji laen cakap laen..... Kerja jalan tapi elaun xmo bayar, kalau xde gaji pon sekurang2nya jamu la makan, lapo tau... da la seharian berkejaran macam buat 'direct selling' di beberapa kawasan yang dirahsiakan RAF...... 




Hasil luahan rasa ketidak puas hatian puak RAF ini lebih menjurus kepada rasa ketidak puas hatian merek apabila RAF menjadi mangsa SO'OD OMEGOAT yang seolah menghamba abdikan puak RAF..... Kehangatan mula terangsang.... Ada baur tunjuk perasan akan diadakan tapi wartawan belom dapat menembusi kubu puak RAF lagi untuk ulasan yang lebih lanjut



Kawasan sekitar pergolakan mula menjadi sedikit carca marba, apabila puak berkecuali (byk sgt, wartawan xsamapi hati la pulok nk bebankan sidang pembaca) mula berasa terTEKAN dan ketakutan hingga nak p kerja pon takot. Nak 'PUNCH CARD'  kena sembunyi2 belakang meja, kesan daripada kepanasan berita ini dan takot menjadi mangsa penunjuk2 perasan...




Sekian dari Bilik Berita - Merapik Semasa....


p/s: wartawan akan mengupas dan mengorek lagi isu ini bila ada penunjuk perasan terjadi....


chow sinciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
peace


tambahan, nama tempat kejadian masih lagi dalam peringkat rahsia..... SYHHHHHHHHHHHH

Sunday 20 February 2011

Friday 18 February 2011

keKACAUan jiWa.......

Hari ni ada saja dugaan yang di lalui TUKANG KARUT............. hurm........... Sambungan dari kejadian semalam masih lagi mempunyai kesinambungan, kenapalah si BIJAK PANDAI suka sangat mencari PASAL dengan tukang karut neh... Tahu lah kau tu hebat sgt... ader 'title what so ever' tapi jangan lah na 'eek'(loghat etnik yg berMAKSUD beLAGAK) sgt dengan tukang karut....... Sungguh bingung sebab nak suh si tukang karut nie buat kerja orang lain.... PANDAI sgt da kot sampai da xleh nk pikir ngan tenang.... memang 'confirm' CELAKA, BANGSAT, LAHANAT........



ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Petang semalam, tukang karut pergi nak ' face to face' dengan si BIJAK PANDAI ( dengan nada yang baik, tangan ke dada, mata pandang ke atas)..... bauat2 baik plak..... siap 'offer' g, 'can i don anything to help you?'..... pooooooooooooodah........ 'thanks a lot, i'll(tukang karut ler, 'speaking' sket hahahaha) think i can manage all the thing here'.... merah muke die..., belagak sgt ko yer.............. hambik ko.............

Wednesday 16 February 2011

ke FAHAMan (faham ker??) untuk pemandu...

Kebelakangan ini semasa memandu, ada saja dugaan yg sgt la mencabar (sila baca dengan nada yg baik, tangan ke bahu dan pandang ke atas) hehehe.............


Tukang karut baru dapat beberapa idea bernas untuk ditamabah dalam silibus pembelajaran ilmu pandu memandu khas untuk para peMANDU di MALAYSIA .....


Bab 1
Kefahaman tentang arahan yang memang dah tertulis dalam buku undang2 tuh....

maCAm JaHAnaM
  1. Lorong TEPI paling KIRI, adalah lorong PERLAHAN= lorong untuk bersantai+bercinta+makan angin+buang angin/tabiat+nak manpus+pandu dengan perlahan sekali dengan niat untuk menyusahkan orang......  
  2. Lorong TENGAH, adalah lorong berkelajuan SEDERHANA=lorong untuk 'pick-up the speed' sket, kalau 'speed limit' tuh 80kmj, sila-sila lah bawak pada kadar kelajuan yang serupa atau lebih lagi, bukan lorong untuk bersantai dan bawak PERLAHAN. Cuba fahami sekali lagi maksud Lorong Tengah nie.... Lorong berkeLAJUan sederhana.... nampak tak perkataan LAJU di dalam arahan tersebut, jadi sila ambik tindakan yang sepatutnya supaya anda tidak di sumpah seranah oleh pemandu yang betol2 ikut arahan tersebut sehingga menyebabkan pemandu lain tertekan dan mula melakukan aksi2 yg mmg pelik macam tukang karut selalu buat (buka tingkap, carut2 sket, ngorat sket.. kan haru)
  3. Lorong PALING KANAN, lorong paling laju @ melebihi 'speed limit', bagi pemandu yang rasa aku hebat bawak BMW ker, Merc ker waima bawak Ferari sekalipon, kalau setakat nk 'save' minyak bawak 60-70kmj, ringan2 kan lah tangan anda tarik tuil 'signal' kereta anda dan tolong lah ketepi. Beri laluan kat kereta2 yg gila punya laju, waima walau pon kereta tersebut adalh sekadar SERAI WANGI/KEKURA ALBINO/KODOK PUTIH/TENGGILING CHERAS nak lalu...

Bab 2
Pengamalan cara-cara memandu yang berhemah dan tak MENYAKITKAN HATI TUKANG KARUT NI (lagi penting)...
  1. 'SIGNAL' @ PENUNJUK ARAH (dalam bahasa ibunda) : ringan2 kan lah tangan anda untuk menarik tuil penunjuk arah masih2 tak kira lah sebelah kiri@kanan (ikut kereta masing), sbb tukang karut tahu kereta anda semua mmg mahal dan cantik. Tak sampai hati rasanya tukang karut nak langgar, bukan apa....... Tukang karut dan pemandu2 lain xtahu arah tujuan anda, kekiri ke, kanan ke, belakang ker, depan ker.... tapi kalau nak mampos 'confirm' tukang karut leh tau... hehehe... Moral nya, jaga hati mulut orang lain da cukup la kan... ni main cilok jer... sakit hati tau pastu di tambah dengan sumpah seranah secukup rasa.. dah dapat dosa kering kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
  2. 'TIMING' @ JANGKAAN MASA : ada pemandu yang memang rajin gila bagi 'signal' tapi yang kurang moleknya.... dah nk masuk baru nak bagi ' signal'... (gila aaaaaaaahhhhhhh) mengelupor orang belakang nak elak.... bahaya tau and membazir... bazir 'break lining' kereta tukang karut..... haishhhhhh... yang ni tukang karut baru jer alami semalam (2 kali pulok tuh and 2-2 laki yang bawak) punya la bangang yang seko neh..... dalam 'parking lot' GIANT (tempat rahsia), dia kat laluan yang di beri keutamaa, tukang karut sebaliknya+ ade 'bumper' seketul kat situ, Tukang karut da 'slow down' bagi laluan+nk panjat 'bumper' mmg la kna 'slow2' kang sanGkut plak KEKURA ALBINO, si badigol tuh leh plak selambur badak berendam buat2 xnak jalan pulok... konon bagi laluan (heloooooooo jalan ko jalan yang di beri keutamaan so pekejadah ko berenti, tukang karut nak panjat ' bumper lagi).... haishhhhhhhhhhh...... agak2 dalam 5 minit gak la tunggu badigol tuh.. 'last-last' tukang karut jalan jer..... hahaha.... 'Then' selang jer 10 minit macam tuh berdekatan dengan GIANT tu gak la... Tukang karut kat jalan yang di beri keutamaan nak masuk simpang, de la satu bedebah neh bawah ESTIMA ('budget' mantap la sbb bawak estima) , punya la bangsat main hentam nak jalan jer....... helloooooooo sape kat jalan yang di beri utamaan.... Sesungguhnya tukang karut amat tidak memahami, adakah tukang karut yang salah 'timing' atau si BADIGOL dan sehabatnya BEDEDAH mmg xpandai nak 'timing' masa memandu... haish... kena tekankn skit waktu latihan bawak kereta nie....

to be cont.................


Grooming Cik Curtain


Sambil sembang2 and lepak lepak kat TimeSquare pada cuti tahunan sempena menyambut Maulidur Rasul, salah seorang dari kami duk bukak citer pasal puntianak atau nama komersil Cik Curtain... Tak la seram sangat. Kelakar ajer lebey.


Cuba andaikan apa yang berlaku berdasarkan cerita di bawah..adakah andaian anda menepati pemikiran kreatif kami??


Cerita bermula dengan:
"Cik curtain terbang pada waktu malam masih muda, melalui tingkap rumah si bujang... Terkejut beruk jugak la, sambil meremang bulu roma... Sejam kemudian,terdengar tangisan sayu dan pilu si pontianak...berlalu dgn mata yg merah....apa agaknya yg berlaku?"




Andaian Tukang Karut

Tukang karut stat mengubah edisi seram kepada edisi pecah perut.
Andaian tukang karut, Cik Curtain nak gi bersiram di swimming pool kat sebelah rumah tu (kolam kumbahan)... Yezza! Tepat sekali. Kerana pada waktu tu, cik Curtain sangat serabai, ngan rambut panjang tak berapa nak mengurai.. Baju compang camping, kelam! Sambil mengilai (bahagia sangat la tu..) Maka beliau terjun ke dalam kolam, dengan berlagu... Laalaaalalalalaaaa...aaaa....Umpama nyanyian soprano. Bahagia sungguh beliau. Tiba2, dalam kebahgiaan beliau, tersentap kerana rambut beliau tersangkut pada kincir air. Uih! Perit sungguh. Maka nyanyian bertukar menjadi tangisan sendu seorang puntianak. Kesian! Tu la..sapa suruh tak sikat rambut... Main air. Mandi la btol2... Puas beliau berusaha melepaskan diri. Mata dah merah sbb banyak nangis.maka beliau pon balik dengan rambut yg tetap serabai dan baju compang camping..hilang sudah kebahagiaan beliau...tukang karut dan kawan2 mencadangkan untuk prepare beberapa barang yg perlu iaitu:


1. kain warna kuning di raja,supaya cik curtain terasa diri seperti puntianak di raja..kes naik pangkat la ni =P


2. Sikat dan perapi...cuba bayangkan bila rambut beliau bersinar dan mengurai...guna jari pon boleh.waaa......


3. cutex and ketip kuku, bayangkan jika beliau pakai cutex,konpem beliau terbang depan tingkap sambil bernyanyi riang dan gaya ala2 mak datin baru pas wat rawatan pedicure and menicure...wah! kelas gitu..


4. jgn lupa juga yer... eye more kena bg juga @pon artificial tears (sanggup ker nak bg). menghilangkan kepedihan mata nyer yg berwarna merah itu, setelah lama menangisi di tepi kolam. (kenang nasib kot)