Wednesday 16 February 2011

ke FAHAMan (faham ker??) untuk pemandu...

Kebelakangan ini semasa memandu, ada saja dugaan yg sgt la mencabar (sila baca dengan nada yg baik, tangan ke bahu dan pandang ke atas) hehehe.............


Tukang karut baru dapat beberapa idea bernas untuk ditamabah dalam silibus pembelajaran ilmu pandu memandu khas untuk para peMANDU di MALAYSIA .....


Bab 1
Kefahaman tentang arahan yang memang dah tertulis dalam buku undang2 tuh....

maCAm JaHAnaM
  1. Lorong TEPI paling KIRI, adalah lorong PERLAHAN= lorong untuk bersantai+bercinta+makan angin+buang angin/tabiat+nak manpus+pandu dengan perlahan sekali dengan niat untuk menyusahkan orang......  
  2. Lorong TENGAH, adalah lorong berkelajuan SEDERHANA=lorong untuk 'pick-up the speed' sket, kalau 'speed limit' tuh 80kmj, sila-sila lah bawak pada kadar kelajuan yang serupa atau lebih lagi, bukan lorong untuk bersantai dan bawak PERLAHAN. Cuba fahami sekali lagi maksud Lorong Tengah nie.... Lorong berkeLAJUan sederhana.... nampak tak perkataan LAJU di dalam arahan tersebut, jadi sila ambik tindakan yang sepatutnya supaya anda tidak di sumpah seranah oleh pemandu yang betol2 ikut arahan tersebut sehingga menyebabkan pemandu lain tertekan dan mula melakukan aksi2 yg mmg pelik macam tukang karut selalu buat (buka tingkap, carut2 sket, ngorat sket.. kan haru)
  3. Lorong PALING KANAN, lorong paling laju @ melebihi 'speed limit', bagi pemandu yang rasa aku hebat bawak BMW ker, Merc ker waima bawak Ferari sekalipon, kalau setakat nk 'save' minyak bawak 60-70kmj, ringan2 kan lah tangan anda tarik tuil 'signal' kereta anda dan tolong lah ketepi. Beri laluan kat kereta2 yg gila punya laju, waima walau pon kereta tersebut adalh sekadar SERAI WANGI/KEKURA ALBINO/KODOK PUTIH/TENGGILING CHERAS nak lalu...

Bab 2
Pengamalan cara-cara memandu yang berhemah dan tak MENYAKITKAN HATI TUKANG KARUT NI (lagi penting)...
  1. 'SIGNAL' @ PENUNJUK ARAH (dalam bahasa ibunda) : ringan2 kan lah tangan anda untuk menarik tuil penunjuk arah masih2 tak kira lah sebelah kiri@kanan (ikut kereta masing), sbb tukang karut tahu kereta anda semua mmg mahal dan cantik. Tak sampai hati rasanya tukang karut nak langgar, bukan apa....... Tukang karut dan pemandu2 lain xtahu arah tujuan anda, kekiri ke, kanan ke, belakang ker, depan ker.... tapi kalau nak mampos 'confirm' tukang karut leh tau... hehehe... Moral nya, jaga hati mulut orang lain da cukup la kan... ni main cilok jer... sakit hati tau pastu di tambah dengan sumpah seranah secukup rasa.. dah dapat dosa kering kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
  2. 'TIMING' @ JANGKAAN MASA : ada pemandu yang memang rajin gila bagi 'signal' tapi yang kurang moleknya.... dah nk masuk baru nak bagi ' signal'... (gila aaaaaaaahhhhhhh) mengelupor orang belakang nak elak.... bahaya tau and membazir... bazir 'break lining' kereta tukang karut..... haishhhhhh... yang ni tukang karut baru jer alami semalam (2 kali pulok tuh and 2-2 laki yang bawak) punya la bangang yang seko neh..... dalam 'parking lot' GIANT (tempat rahsia), dia kat laluan yang di beri keutamaa, tukang karut sebaliknya+ ade 'bumper' seketul kat situ, Tukang karut da 'slow down' bagi laluan+nk panjat 'bumper' mmg la kna 'slow2' kang sanGkut plak KEKURA ALBINO, si badigol tuh leh plak selambur badak berendam buat2 xnak jalan pulok... konon bagi laluan (heloooooooo jalan ko jalan yang di beri keutamaan so pekejadah ko berenti, tukang karut nak panjat ' bumper lagi).... haishhhhhhhhhhh...... agak2 dalam 5 minit gak la tunggu badigol tuh.. 'last-last' tukang karut jalan jer..... hahaha.... 'Then' selang jer 10 minit macam tuh berdekatan dengan GIANT tu gak la... Tukang karut kat jalan yang di beri keutamaan nak masuk simpang, de la satu bedebah neh bawah ESTIMA ('budget' mantap la sbb bawak estima) , punya la bangsat main hentam nak jalan jer....... helloooooooo sape kat jalan yang di beri utamaan.... Sesungguhnya tukang karut amat tidak memahami, adakah tukang karut yang salah 'timing' atau si BADIGOL dan sehabatnya BEDEDAH mmg xpandai nak 'timing' masa memandu... haish... kena tekankn skit waktu latihan bawak kereta nie....

to be cont.................


1 comment:

  1. suker sangat! (nada bagus,mata ke kanan, tangan ke dada)..hehe

    ReplyDelete