Wednesday 16 February 2011

Grooming Cik Curtain


Sambil sembang2 and lepak lepak kat TimeSquare pada cuti tahunan sempena menyambut Maulidur Rasul, salah seorang dari kami duk bukak citer pasal puntianak atau nama komersil Cik Curtain... Tak la seram sangat. Kelakar ajer lebey.


Cuba andaikan apa yang berlaku berdasarkan cerita di bawah..adakah andaian anda menepati pemikiran kreatif kami??


Cerita bermula dengan:
"Cik curtain terbang pada waktu malam masih muda, melalui tingkap rumah si bujang... Terkejut beruk jugak la, sambil meremang bulu roma... Sejam kemudian,terdengar tangisan sayu dan pilu si pontianak...berlalu dgn mata yg merah....apa agaknya yg berlaku?"




Andaian Tukang Karut

Tukang karut stat mengubah edisi seram kepada edisi pecah perut.
Andaian tukang karut, Cik Curtain nak gi bersiram di swimming pool kat sebelah rumah tu (kolam kumbahan)... Yezza! Tepat sekali. Kerana pada waktu tu, cik Curtain sangat serabai, ngan rambut panjang tak berapa nak mengurai.. Baju compang camping, kelam! Sambil mengilai (bahagia sangat la tu..) Maka beliau terjun ke dalam kolam, dengan berlagu... Laalaaalalalalaaaa...aaaa....Umpama nyanyian soprano. Bahagia sungguh beliau. Tiba2, dalam kebahgiaan beliau, tersentap kerana rambut beliau tersangkut pada kincir air. Uih! Perit sungguh. Maka nyanyian bertukar menjadi tangisan sendu seorang puntianak. Kesian! Tu la..sapa suruh tak sikat rambut... Main air. Mandi la btol2... Puas beliau berusaha melepaskan diri. Mata dah merah sbb banyak nangis.maka beliau pon balik dengan rambut yg tetap serabai dan baju compang camping..hilang sudah kebahagiaan beliau...tukang karut dan kawan2 mencadangkan untuk prepare beberapa barang yg perlu iaitu:


1. kain warna kuning di raja,supaya cik curtain terasa diri seperti puntianak di raja..kes naik pangkat la ni =P


2. Sikat dan perapi...cuba bayangkan bila rambut beliau bersinar dan mengurai...guna jari pon boleh.waaa......


3. cutex and ketip kuku, bayangkan jika beliau pakai cutex,konpem beliau terbang depan tingkap sambil bernyanyi riang dan gaya ala2 mak datin baru pas wat rawatan pedicure and menicure...wah! kelas gitu..


4. jgn lupa juga yer... eye more kena bg juga @pon artificial tears (sanggup ker nak bg). menghilangkan kepedihan mata nyer yg berwarna merah itu, setelah lama menangisi di tepi kolam. (kenang nasib kot)







1 comment: